Apabila seorangi perempuan tu benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh harapan dan iklas,perubahan sikapnya berubah dengan jelas. Hati seorang perempuan yang selama ini keras macam batu tiba-tiba saja boleh bertukar menjadi lembut seperti sutera, pada masa inilah hati mereka begitu sensitif dan mudah tersentuh sehingga mampu menitiskan air mata sekiranya dilukai atau dikhianati, kerana jika lelaki itu adalah orang yang amat diperlukan dan melengkapi hidupnya sudah tentu dia sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Namun kaum lelaki janganlah pula mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh kaum wanita untuk mu.sekiranya kamu menyedari teman wanita kamu tu sentiasa bersungguh-sunguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak tersilap pilih teman hidup.situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka tetapi atas dasar cinta yang sebenar.betapa beruntungnya kamu...
Dia boleh jadi lucu tapi begitulah hakikatnya apabila teman wanitamu berperangai tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu.Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati nya melayannya lebih dari orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada, Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang akan datang membantu mu adalah teman wanitamu, tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah..beruntungnya.. Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaanya.. xD
Kadang-kadang si dia akan kerap mengeluarkan kata-kata yang sama seperti " Ingat saya lagi?" , "saya suka orang macam awak" dan lain-lain, sebab itulah kalimah yang sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.., kebanyakan mereka takan membuang masa kepada kamu sekiranya kamu tidak memberi layanan lebih dari sebagai seorang teman biasa.. mereka sangup menunggu sebarang keputusan oleh kamu kerana ingin melihat sejauh mana pandangan mu terhadapnya, jadi jangan lah terlalu menyembunyikan diri sehingga dia terus menunggu untuk mendengar khbar berita dari mu.
Manusia tidak ada yang sempurna,samalah juga dengan teman wanita mu..memang tidak boleh daripada membuat silap dan kadang2 buat kamu kecik hati tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang kamu perlu sokong. Berilah dia masa untuk berubah..nak berubah ni bukannya senang tapi kalau dia berubah demi bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik..janganlah kamu cari penggati dia semata2 kamu kecik hati dengan kesalahan dia...dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.. emm...
Jadi,HARGAILAH wanita dan terimalah mereka seadanya...berilah diri kamu peluang
kembali mencintai seseorang yang bergelar WANITA...
kembali mencintai seseorang yang bergelar WANITA...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
WANITA tak semua sama.. begitu juga dengan LELAKI.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah swt agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman InsyaAllah.. :)
P/S sape2 yg dah ada PASANGAN tuh hargailah mereka sebelum terlambat..selamilah keindahan PERCINTAAN..
SELAMAT BERCINTA..





No comments:
Post a Comment