hidup ini tak selalunya indah....
yang indah itu tak selamanya kekal...
dan yang kekal itu hanyalah ALLAH.......

Sunday, 27 November 2011

dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya..

jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya..

jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka..

perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya..

suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman.Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya "kenapa kamu menangis"?

orang itu menjawab,"aku sangat sedih,kenapa dia meninggalkan aku?"

lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata "kamu bodoh sekali"

lalu orang itu menjawab "kenapa kamu berkata begitu?aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan ,tak apalah kalau kamu tidak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku"

"bodoh! kamu tidak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,"kata ahli falsafah..

"kenapa dia yang bersedih?bukankah dia yang meninggalkanku?"

kata orang itu "kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya " jawab ahli falsafah itu.

p/s jangan tertarik kepada paras rupanya,sebab paras keelokan dapat menyesatkan.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah.Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.hanya senyum dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi  cerah..

No comments:

Post a Comment